Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."


Kita bangkit dari kegagalan...
Kita belajar dari kekecewaan...
dan kita mesti mengerti dan memahami...
apa yang kita alami hari ini...
Bukan bererti matinya semangat...
berkubur keyakinan begitu sahaja...
Tapi dari rebahnya sekeping hati...
Akan bangkit seorang insan...
Mengangkat martabat maruahnya...
Yakin akan dirinya...
Menjulang kembali kekuatannya...
Menggegar kembali jeritan dan laungannya...
Dalam perjuangan ini...
Penderitaan yang kita hadapi...
Terletak kebahagiaan yang kita impikan...

Semakin besar penderitaan yang kita alami...
Semakin besar tingkat kebahagiaan yang kita dapat...
Kerana yang jatuh dan rebah itu, bukan tersungkur mati...
Malah kehidupan berselimut kelesuan...
Akan bertukar menjadi jaring-jaring...
Perkasa menerkap kembali dunia baru...

Dan pada masa itu,
kita adalah insan yang paling bertuah di muka bumi ini...
Tempat kaki berpijak dan bertunjang...
Apa yang penting adalah kesabaran...
Kesabaran dalam perjuangan...
Mendapat sesuatu yang diimpikan...
Tuhan jangan dilupakan...
Susah dan senang berserahlah kepada tuhan...
Kita insan hanya mampu...
Berusaha, berdoa & bertawakal pada tuhan,
Yakinlah akan kebesaran-Nya..
Kerana keperitan yang kita alami...
Akan beroleh kebahagiaan yang tidak disangkakan...
Dan ianya menjadi...
satu corak dan simbol kejayaan diri sendiri...
Suatu hari nanti... Insyaallah...
Semoga Berjaya di Dunia dan di Akhirat.....

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998