Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Seorang pelajar UTM maut....



Aku sebagai pelajar UTM yang sedang praktikal pun terkejut dengan apa yang terjadi.....

Kenyataan media massa cukup mengejutkan apabila seorang pelajar UTMkL iaitu Muhammad Khalis Zulkifli, 18, pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik yang baru dua minggu mendaftar diri ke universiti itu maut apabila dia terjatuh dari dinding bilik air rakannya dan meninggal dunia.

Seorang pelajar jurusan Diploma Seni Bina mungkin akan trauma seumur hidupnya apabila menyaksikan bagaimana rakan sebiliknya terlepas tangan dari tingkap sebelum terjatuh dari tingkat empat dan maut.

"Saya masih terbayang detik-detik tangan rakan saya terlepas dari tingkap dan disusuli dengan jeritan kuat mangsa," cerita rakan sebilik khalis semasa ditemui.

Disinilah lubang tandas yang dipanjat oleh Allahyarham Khalis....



Mengikut khabaran rakan-rakannya, mangsa semasa itu tidak mempunyai kunci asrama untuk masuk semula ke bilik selepas keluar ke bilik rakannya dan dia juga sudah pernah berbuat demikian sebelum ini.

(ANAK panah menunjukkan tempat Khalis terjatuh selepas keluar dari tingkap bilik air di bilik sebelah untuk masuk ke biliknya melalui tingkap)



Dalam pada masa yang sama, Amirul menceritakan bahawa sebelum tragedi itu, dia bersama empat rakan yang tinggal di bilik lain leka menonton filem Terminator Salvation di dalam biliknya menggunakan komputer riba.

"Kebetulan saya yang menghadap balkoni ternampak ada tangan mencengkam bingkai cermin tingkap sebelum tangan itu tiba-tiba terlepas dan disusuli dengan jeritan kuat.

"Kami berlima cemas dan semasa meninjau dari balkoni kami tidak nampak apa-apa kerana keadaan di bawah gelap," ceritanya lagi.

Menurutnya, beberapa saat selepas itu dia terdengar bunyi pelajar menjerit memberitahu ada mayat atas simen.

Inalillah.....

Khalis hanya memakai seluar pendek berwarna kuning dan mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.


Peringatan kepada rakan2 ku....
'Don't try this at home jika korang benar2 sayang nyawa korang'...

dari Dia kita datang....
kepada DIa kita kembali....

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998