Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum...

Arini aku nak bercerita pula pasal Dasar Perbandaran Negara.

Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, pada 17 JUN 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)1991-2000 telah digubalkan berasaskan Dasar Pembangunan Negara, menandakan bermulanya era baru di dalam usaha membangun atau menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Di dalam Dasar Pembangunan Negara,terdapat pula DASAR PERBANDARAN NEGARA.

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.

Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.

Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara.

Sebenarnya, Dasar Perbandaran Negara tidak diketahui umum... Namun begitu,ia pernah diwartakan dalam akhbar untuk pengetahuan orang ramai. Ia adalah akhbar New Straits Times bertarikh 9 November 2006 iaitu hari Khamis.
Berikut adalah keratan akhbar tersebut.








Korang ley amik aklumat dari sini....

ok2...

see yuols soon...

tata..

-P@y Che-

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998