Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum...

Ni pula cerita tentang Rancangan Fizikal Negara,susulan kepada Pelan Pembangunan Fizikal yang aku ada post sebelum nih...

Selamat berilmu....

Pengenalan

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 26 April 2005.



Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:

Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Fungsi Rancangan Fizikal Negara

1)Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
2)Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
3)Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
4)Membentuk polisi perancangan fizikal.

Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara

1) Pembentukan kerangka spatial negara.
2) Peningkatan daya saing ekonomi negara.
3) Pemodenan sektor pertanian.
4) Pengukuhan pembangunan pelancongan.
5) Pengurusan petempatan manusia.
6) Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar.
7) Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
8) Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian.



Korang boleh rujuk RFN ini di mana-mana laman web JPBD...

NI salah 1 link yang ade... Rujuk Sini yea...

Rancangan Fizikal Negara

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998