Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum...

Aku nak bercerita pasal Rancangan Tempatan pulak nih...

PENGENALAN

Merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur.

Ia menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.



Fungsi Rancangan Tempatan

•Menterjemahkan strategi-strategi RS yang mengandungi polisi dan cadangan am PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan.

•Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut.


•Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT.

•Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam



Aku pun masih belajar...

Tapi aku tulis pe yang aku dapat...

So,kalu korang nak sesuatu yang lebih,korang rujuk web ini..
ni link dye...

Rancangan Tempatan

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998