Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Ini adalah sambungan kepada post mengenai Kebenaran Merancang....

Maklumat ini adalah dari apa yang telah aku belajar di MPKK...
Yang penting di Bandar Diraja Kuala Kangsar..
Tempat dimana lahirnya aku...

Hehe....

So nak tau tentang kriteria dalam penilaian KM???
Ketika aku menjalani praktikal.... yang benar2 digunapakai ialah...


a) Keperluan-keperluan Teknikal
b) Dasar-dasar dan garispanduan pembangunan semasa
c) Peruntukan Undang-Undang.
d) Bantahan pemilik bersebelahan. (untuk permohonan menambah ketumpatan dan penukaran zon guna tanah)

Kalu diikutkan perkara ini boley difikrkan secara logik akal....
Kalu korang pelajar planning,xtau pasal bende nih,wat malu je amik planning....
Hehehehe..... (Cam aku pandai sangat je)....

A)Kriteria Keperluan – keperluan Teknikal.

Kriteria keperluan-keperluan teknikal ini adalah dirujuk kepada pembangunan fizikal iaitu berhubungan dengan ulasan agensi-agensi teknikal sperti JKR,JAS,TNB dan sebagainya. Berikut adalah aspek-aspek teknikal yang diambil kira:-
• Kesesuaian guna tanah .
• Topografi, kecerunan dan pemotongan tanah
• Sistem sirkulasi (aksessibiliti).
• Kemudahan jalan keluar masuk yang sempurna.
• Rekabentuk bangunan-ketinggian,susunan,fasad dan kesesuaian sebelah@sekitar.
• Kepadatan penduduk.
• Nisbah plot, kawasan plinth dan anjakan
• Peningkatan infrastruktur
• Penyediaan kemudahan awam, kemudahan masyarakat, pendidikan dan keagamaan
• Penyediaan kawasan rekreasi

B)Kriteria Dasar-Dasar dan Garispanduan pembangunan semasa.


Kriteria ini adalah syarat penting dalam memastikan arahan kerja yang telah diwartakan akan diterjemahkan dalam pembangunan fizikal. Ini adalah dasar dan garispanduan yang terlibat di Jabatan Perancang Bandar di MPKK (tempat latihan aku)adalah seperti berikut :
• Dasar Perbandaran Negara
• Rancangan Struktur Negeri.
• Rancangan Tempatan Kuala Kangsar
• Pelan Induks Lanskap Kuala Kangsar
• Garis panduan kementerian, agensi kerajaan dan agensi teknikal

Ni ade beberapa contoh muka depan draf RT....






C)Peruntukan Undang – Undang.


Berikut adalah peruntukan undang-undang yang diperlukan dalam menilai sesuatu KM:-
• Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
• Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172)
• Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
• Kanun Tanah Negara (KTN)
• Undang-undang kecil Bangunan Seragam 1984.




Namun, ini adalah yang paling kerap digunakan di MPKK SAHAJA....
Ada phm???Tempat lain cam DBKL ade Akta 267..... tempat lain xde...

D)Bantahan pemilik bersebelahan

Setelah pihak pemaju / pemohon telah menerima arahan-arahan dan dipatuhinya, Jabatan Perancang Bandar akan menyampaikan notis-notis bertulis kepada pemunya-pemunya tanah yang berjiran mengenai hak mereka untuk membantah atau menerima perancangan tersebut. Pemunya tanah yang berjiran boleh menyatakan alasa-alasan bantahan mereka dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis itu dikeluarkan. Merujuk kepada Seksyen 21, subseksyen 7 akta 172, bahagian iv,pengawalan perancangan.

Huhuhu....

Ade paham x??????
Selamat berkongsi ilmu....

-P@y Che-

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998