Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum...

Penilaian Kesan Alam Sekitar...
Korang tahu pasal penilain Kesan alam sekitar??

Arini aku nak bercerita serba sedikit mengenai EIA kat korang...
Nak dengar ke tak,tuh korang punye pasal la...
Hahaha...

EIA merupakan alat untuk :-

1)Mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar akibat daripada sesuatu cadangan projek.

2)Mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu projek berkenaan boleh dilulus dan dilaksanakan.

3)Mengurangkan masalah alam sekitar akibat daripada sesuatu tindakan.

Peruntukan EIA :-

Subseksyen 34A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) memberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi perlindungan alam sekililing setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan yang beerti kepada alam sekeliling.
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 yang dibuat di bawah Subseksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan), 1985 menetapkan 19 kategori yang memerlukan penyediaan EIA.


19 kategori yang memerlukan EIA :-

1)Pertanian
2)Lapangan Terbang
3)Pengaliran dan Saliran
4)Tebusguna Tanah
5)Perikanan
6)Perhutanan
7)Perumahan
8)Industri
9)Infrastruktur
10)Pelabuhan
11)Perlombongan
12)Petroleum
13)Penjanaan dan Pemancaran Kuasa
14)Kuari
15)Keretapi
16)Pengangkutan
17)Pemajuan Rekreasi dan Peranginan
18)Pengolahan dan Pelupusan buangan
19)Bekalan Air

Penyediaan EIA kebiasaaanya disediakan oleh perunding.Korang paham kan pasal perunding ini kan???

Kelulusan EIA dan prosesnya pula berhubung kepada Pejabat Negeri, Jabatan Alam Sekitar Negeri / Ibu Pejabat....

Okay tak??? nih ringkasan kepada EIA...
Kalu nak tahu lanjut,korang ley bertanye...
hehehehe

Nih contoh EIA kat MPKK dimana telah melalui proses kelulusan...
Nih projek 'KUARI'..
Tahun 2008 punye...





Ok2,ade tebal cam buku teks sekolah???
hahahah...
Selamat belajar!!!
^_^

-P@y Che-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998