Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Saturday

Lembaga Rayuan

Assalamualaikum...
So, tau x??/kalu kebenaran Merancang gagal diterima,korang ley buat rayuan selama tempoh 30 hari slepas permohonan anda ditolak???

So,kali ini aku nk bercerita pasal lembaga rayuan lak....

Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu yang merasa terkilan dengan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), khususnya terhadap sesuatu keputusan kebenaran merancang.

Manfaat Lembaga rayuan
Penubuhan Lembaga Rayuan ini akan memberi manfaat yang besar kepada sistem perancangan di negeri ini.
Antara faedahnya ialah:
i. Menyediakan saluran yang “credible” bagi orang awam merayu;
ii. Melengkapkan sistem penyampaian kerajaan yang telus dan berkesan;
iii.Memperbaiki dan memperkemaskan perjalanan sistem perancangan bandar; dan
iv. Meningkatkan amalan sistem perancangan bandar negeri ini ke taraf negara maju seperti di Australia,United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Dengan tertubuhnya Lembaga Rayuan ini, ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam membentuk suatu pembangunan yang teratur, adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat. Penubuhan Lembaga Rayuan adalah amat perlu untuk memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh PBPT.

Oleh itu, sistem ini dapat memastikan kepentingan individu dapat dipelihara di samping mewujudkan perancangan yang sensitif terhadap kehendak dan aspirasi rakyat.

Bidang Kuasa Lembaga Rayuan
Lembaga Rayuan akan menimbangkan kes-kes sebagaimana yang dinyatakan dibawah Akta 172 iaitu di bawah Seksyen 23, 25 (9), 30 (7) dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan 1995)

Akta A933 iaitu Seksyen 35 dan 36
Perkara Yang Boleh Dirayu :

Seksyen 23 (1)(a)
Terkilan terhadap keputusan Majlis samada permohonan ditolak atau merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan.

Seksyen 25 (9)
Terkilan terhadap pembayaran balik/pampasan yang ditawarkan (oleh Majlis) hasil daripada penarikan balik kebenaran merancang atau pengubahsuaian kebenaran merancang.

Seksyen (30) (2)
Terkilan dengan notis permintaan oleh Majlis untuk:
-Diberhentikan penggunaan
-Mengenakan syarat-syarat bagi penggunaan tanah
-Meminta langkah-langkah tertentu diambil

Seksyen 30 (7)
Terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh pihak majlis

Seksyen 36, 35b, 35, 35d Perintah Pemelihara Pokok Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan 1995) Akta A933.



Selamat Belajar!!!

-P@y Che-

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998