Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum...

heeheheh...
Hari ini aku nak berkongsi pendapat dan maklumat mengenai masalah berkaitan perbandaran yang aku 'kutip' dan juga yang aku dapat....

So hari ini mengenai...

"Dilema Parking"...

Masalah tempat letak kenderaan bukanlah satu isu perbandaran yang baru di Bandar-bandar besar. Kesukaran mencari tempat letak kereta sehingga kadangkala terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan dilihat sebagai satu perkara biasa.

Kebanyak pengguna lebih pentingkan diri dimana hanya inginkan kesenangan diri tanpa memikirkan 'effect'nya...



Mungkin juga kemudahan parkir yang tidak mencukupi antara faktor pendorong masalah kesesakan lalu lintas. Apabila pengguna meletakkan kenderaan di bahu jalan, kelebaran jalan akan menjadi minima dan menyebabkan kesesakan apabila terdapatnya kadar trafik yang tinggi DI WAKTU PUNCAK.

Walaupun bagaimanapun,isu xcukup parkin bukanlah suatu alasan Sungguhpun parkir disediakan, namun masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah meletakkan kenderaan mereka di tepi atau bahu jalan. Ada juga yang meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya seperti kawasan yang ade garisan kuning dan papan tanda 'DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DAN ZON TUNDA'



Kebanyakan papan tanda amaran hanyalah bertindak sebagai hiasan kerana tidak diendahkan ramai pemandu tidak bertanggungjawab.



Korang ley tengok selanjutnya di dalam paparan akhbar
KOSMO!
Untuk pengetahuan lanjut....

hehe...


-P@y Che-

3 PerancanG:

Cik_daya said...

Kalau pihak berkuasa amek tindakan segera mesti dorang takut punya...
saper parking di tempat tidak sepatutnye... terus TUNDA jek kete tu g BALAI.... peh tu kena bayar sebelum amek kete...

Leh pakai tak idea nie.. hehe
selain menjana pendapatan negara... kan kan...

Dr. Sepet said...

mungkin perancangan sistem pengangkutan awam di malaysia masih dibelenggu masalah 'bila terhantuk baru tengadah' - bila orang marah baru terkial-kial nak tingkatkan mutu.

Mungkin kawasan bandar2 utama seperti KL, JB, Penang boleh teliti kaedah yang diguna negara jiran Singapura - gantry system, park n ride, etc. Tapi itu semua perlu jaminan sistem pengangkutan awam seperti LRT, MRT, bas dalam bandar di tahap terbaik-lah.

Kalau tidak kita hanya membazir sumber (bahan api) dan mencemar udara bandar saja-lah.

good article!

Payche said...

Cik_daya: Lar, DBKL ade buat macam yang c.daya cakap tuh, tapi masih same jea... setakat 2-3 ratus tuh,ape la sangat...heheheh...

Dr Sepet: Ya, saya sokong cik syam...
Kite amek contoh Jepun da cukup...
Sistem pengangkutan awam yang cukup efektif serta mentaliti penduduk yang 'bagus'....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998