Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Salam...

Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai kandungan laporan awal...
Seperti yang sedia maklum laporan awal ini adalah hasil atau susulan selepas mendapatkan laporan asas rujukan...

So....

berikut adalah isi kandungan yang terdapat dalam Laporan Awal...
-------------------------------------------------------------------------------------

1)Pengenalan.

Menerangkan kawasan RT melibatkan ekonomi,demografi,keluasan pentadbiran,asas ekonomi dan lain-lain meklumat berkaitan yang memberi sebarang kesan terhadap perancangan kawasan RT tersebut

2)Isu dan potensi
Ia merupakan pengenalpastian isu dan potensi awal kawasan RT

3)Wawasan, Matlamat, Objektif, dan teras/fokus pembangunan
Pemantapan halatuju pembangunan berdasarkan kepada Asas Rujukan dan pemerhatian awal serta perbincangan untuk mengenalpasti Teras/fokus pembangunan bagi kawasan RT

4)Skop dan pendekatan kajian
Kenalpasti skop dan pendekatan kajian berdasarkan Teras dan Fokus pembangunan yang dikenalpasti, skop bagi GIS, dan Skop bagi EIS(Executive Information System)

5)Penemuan BP(Blok Perancangan)
Mencadangkan sempadan BP berdasarkan keadaan fizikal tapak.tumpuan, dan isu pembangunan kawasan RT

6)Pengurusan dan Kewangan
Jadual kerja, jenis kajian lapangan,kos kajian dan jawatankuasa yang terlibat serta senarai perunding dan sektor yang terlibat

7)Hasil Kajian
Menyatakan hasil kajian sepanjang proses penyediaan DRT seperti Laporan Penemuan dan Strategi Pembangunan, laporan DRT dan lain-lain laporan Sokongan

-------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah maklumat untuk kawan2 planning...
so....
juz itu ye dulu...
Aku pun masih pening nk phmkan laporan awal nih....
hahahha...

-P@y Che-

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998