Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum....

kali ini aku ingin bercerita mengenai perancangan masa depan aku...
erm...

"sementara masih muda,better korang sambung blaja,sebab 6t biler dah besar,korang akan rase malas belajar dan bila da dapat dwet tiap2 bulan,paham2 lar..."


masih ingat kata2 ini...
sepanjang semester akhir ini,kata2 ini sering kali aku dengari....

Tapi untuk pengetahuan korang... aku tidak akan sambung lagi pembelajaran aku di Skudai kelak... Mungkin aku tak lafazkan di hadapan kawan2 rapat.. kerana aku sedeyh,aku mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan mereka... tapi aku percaya kepadaNya.. Jika benar kita ikhlas dalam suatu perhubungan persahabatan, kita berpisah dan dengan kuasaNya, kita akan dapat bertemu semula... bertemu dan berpisah itu adalah lumrah alam...



Banyak lagi tanggungjawab aku diluar sana... mane2 yang rapat dengan aku akan merasai ape yang aku maksudkan ni...

Insyaallah aku akan bekerja dalam sektor planning.. xkesah juruteknik ke,TA ke.. asalkan dalam planning... Aku sukakan planning walaupun aku tak se'excellent' mereka2 yang len... aku juga memilih planning dalam kursus nombor 1 ketika mengisi borang upu dulu... aku berbangga menjadi pelajar planning... terbaik ar!!!

Kemudian aku akan cuba sambung pelajaran aku di SPACEUTM... Mungkin sukar bagi aku.. tapi aku kene usaha... Betol kan???

Selain itu, aku juga banyak impian....
Antaranya.... aku ingin hidup senang untuk membantu family aku... kerana tanpa mereka, siapakah aku...

untuk statement belajar dulu tuh... berbeza sungguh dengan kemampuan aku ketika ini... aku memang nk sambung.. tapi kalu da xde rezeki.. aku cuba ikut jalan lain...

Insyaallah Dia ade untuk hambanya...
-P@y Che-

2 PerancanG:

Hanggok Basi said...

weh, chiill ah! ko x de, cam ane aku n lain2 nk sambung! gagagga! kejayaan dan kegagalan selame nih milik bersame!.. macam2 mende da kite rasai..kite perbaharui kelak bersame..! ohhhh!

Payche said...

chill untuk mereka yang sentiasa 'tenang'...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998