Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Fuhh.. aku pown kadang2 xpaham la dengan sikap manusia...
Mengapa mesti berbohong? Kenape suke dengan berbohong.. berterus terang la!!!

Ramai suka berbicara tentang pembohongan. Ada yang mengkategorikan pembohongan sebagai satu keperluan, lantas menamakannya sebagai tipu sunat... Betol x??

~Jujurlah biarpun ianya pahit sekali~
sebabnye.. dalam kepahitan itu tersirat kemanisan...

Seorang lelaki biasenye, menipu tentang kerjaya dan peribadinya semata-mata untuk memikat seorang gadis. N ade gak seorang gadis pula menipu untuk menyembunyikan kekurangan yang ada pada dirinya.. haha.. Betol2 x?? 


Rasullullah s.a.w pernah bersabda, "berbohong akan mengurangkan rezeki".

~Kejujuran benteng kasih sayang~

Di mana-mana di dunia ini, kasih sayang adalah nadi kehidupan. 
Kasih sayang yang teguh adalah kasih sayang yang terbina di atas landasan kejujuran dan keikhlasan. 

Bahagialah hidup insan yang mampu mempertahankan kebahagiaan dan kasih sayangnya dengan kejujuran. Ingatlah, penipuan takkan selamanya mampu kita selindungkan. Satu masa, ia akan terbongkar juga. 

Dan di saat itu, kasih sayang yang terbina di antara si penipu dengan mangsanya pasti akan berkubur di kaki sejarah. Syak wasangka akan mula sentiasa merajai hati. 

Berlaku jujurlah pada semua insan di sekeliling kita. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang terbina, kekal menjadi milik kita hingga ke akhir nanti...

**Aku pown kadang2 xpaham konsep hipoKRIT....

Wassalam...
 
-P@y Che-


4 PerancanG:

misyamissyou said...

yep..agreed..perlu jujur

Payche said...

;-)
betol tuh... ramai yang da xjujur skunk nih..

hinata said...

salam...manusia suka berbohong, mungkin ingin menutup kelemahan kalih...jujur itu sangat pahit dan adakalanya ia akan memberi kesan yang sangat dalam...bagi saya hipotesis bagi berbohong adalah semakin lama kita berbohong semakin banyak yang akan terbongkar dan semakin dalam kesan luka yang di alami...betul x? namun ada juga yang menyatakan diam tidak semestinya berbohong...??? macam mane tu?

Payche said...

betol2...

tuh kan sifat2 dye...

~Diam2 ubi berisi~...

diam juga bermaksud setuju yea... hahahah!!

Diam means privasi or sumtin rahsia yang tidak mahu dikongsi..

maybe~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998