Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

kalau anda.......
fikir anda masih islam...bacalah Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...
kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
 Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya
20 yg betul-betul beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa
yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dsalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya
sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau
girlfriend berejam-rejamtapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat
tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama


Lawak kan ?? Kenapa gelak?  tu kan realiti.. tapi yg
paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam...
-P@y Che-

0 PerancanG:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998