Merancang Untuk Berjaya.....

"Kita bangkit dari kegagalan, Kita belajar dari kekecewaan, Dan kita mesti mengerti dan memahami, Apa yang kita alami hari ini, Bukan bererti matinya semangat, Berkubur keyakinan begitu sahaja, Tapi dari rebahnya sekeping hati, Akan bangkit seorang insan, Mengangkat martabat maruahnya, Yakin akan dirinya, Menjulang kembali kekuatannya, Menggegar kembali jeritan dan laungannya... Allahuakbar...."

Assalamualaikum w.b.t.

PerakGIS atau dikenali sebagai Perak Geograhical Information System. Pejabat baru dimana tempat aku bekerja sekarang ini.

Berikut serba sedikit pasal PerakGIS:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PerakGIS merupakan Sistem Maklumat Perancangan Geo-Spatial Negeri Perak yang dibangunkan berasaskan keperluan Kerajaan Negeri Perak untuk mewujudkan sebuah pangkalan data geospatial yang komprehensif di peringkat negeri, daerah dan tempatan. Ia menggunapakai teknologi sistem maklumat geografi atau Geographical Information System (GIS). Pembangunan PerakGIS adalah menggunakan teknologi ‘opensource’ iaitu Quantum GIS. PerakGIS juga berperanan dalam menjayakan program MyGDI bagi negeri Perak.
Kejayaan utama pembangunan GIS di Negeri Perak adalah dengan tertubuhnya Unit PerakGIS Negeri Perak yang dipertanggungjawabkan di bawah Pengarah JPBD Negeri Perak bertempat di Tingkat 9, Bangunan PTTC, Jelapang , Ipoh. Unit PerakGIS bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat GIS Negeri Perak di masa akan datang.

PerakGIS ditubuhkan pada 1 Januari 2012 dengan 6 perjawatan berstatus kontrak. 

PerakGIS merangkumi pembangunan pangkalan data GIS, Portal PerakGIS dan aplikasi yang melibatkan analisis. Data dan maklumat dikumpul melalui kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan diperingkat negeri, daerah dan tempatan.

PerakGIS menggunakan pendekatan teknologi terkini dengan menyimpan data ruang melalui satu pangkalan data dan dikongsi di kalangan semua agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan pejabat tanah.

Pada masa hadapan, untuk memaksimakan penggunaan sistem GIS, PerakGIS dirancang untuk dicapai melalui internet bagi tujuan perkongsian bersama awam [akses umum] dan agensi-agensi kerajaan berkaitan [akses terhad]. 

Agensi kerajaan yang lain boleh mendapat manfaat melalui penggunaan pengumpulan data ruang terutamanya untuk perancangan, strategi pembangunan dan dasar- dasar tertentu. Sebagai contoh, perancangan kerajaan negeri dalam membangunkan taman tema.

Pangkalan data PerakGIS dibangunkan berasaskan model data perancangan bandar dan desa atau planning data model untuk penyediaan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur dan rancangan tempatan. Pangkalan data ini telah distrukturkan mengikut 13 modul dan bagi memudahkan penyimpanan data secara teratur, dibahagikan seperti dibawah:


Modul Lapisan Terperinci
1 Asas
  • Kadastral
  • Kontur
  • Grid Kadastral
  • Grid Topografi
2 Perancangan bandar
  • Gunatanah Semasa
  • Comitted Developement
  • Cadangan Pengezonan
  • Sempadan Pengezonan
  • Rancangan Struktur
  • Rancangan Tempatan
  • Sempadan Rancangan Tempatan.
  • Blok Perancangan
  • Pekan Bandar
3 Perumahan
  • Skim Perumahan
  • Penempatan Desa
  • Setinggan
4 Perdagangan
  • Perdagangan
5 Industri
  • Industri dalam Estet
  • Industri luar Estet
6 Kemudahan awam
  • Pendidikan
  • Institusi Kesihatan
  • Balai Polis
  • Sempadan Perkhidmatan Polis
  • Pejabat Pos
  • Sempadan Kawasan Pos
  • Keagamaan
  • Perkuburan
  • Balai Bomba
  • Sempadan Perkhidmatan Bomba
  • Jabatan Kerajaan
  • Kegunaan Kerajaan
  • Sukan dan Rekreasi
  • Institusi Kebajikan
7 Utiliti awam
  • Laluan Paip Air
  • Stesen Bekalan Air
  • Zon Perkhidmatan Bekalan Air
  • Jaringan Elektrik
  • Stesen Bekalan Air
  • Zon Perkhidmatan Elektrik
  • Laluan Perparitan
  • Kawasan Banjir
  • Tapak Pelupusan
  • Laluan Pembentungan
  • Taburan Stesen Pembentungan
  • Zon Perkhidmatan Pembentungan
  • Jaringan Telekomunikasi
  • Taburan Stesen Telekomunikasi
  • Zon Perkhidmatan Telekomunikasi
  • Laluan Pengairan
  • Stesen Pengairan
  • Jaringan Bekalan Gas
  • Stesen Bekalan Gas
  • Zon Bekalan Gas
8 Pengangkutan
  • Jalan Negeri
  • Jalan Daerah
  • Stesen Perkhidmatan Jalanraya
  • Landasan Keretapi
  • Stesen Perkhidmatan Keretapi
  • Pengurusan Lalulintas
  • Pengangkutan Awam
  • Lapangan Terbang
  • Pelabuhan
  • Lebuhraya
9 Tanah lapang dan rekreasi
  • Tanah lapang dan rekreasi
10 Demografi
  • Demografi Mengikut Daerah
  • Sempadan Daerah Banci
11 Pentadbiran
  • Sempadan Daerah
  • Sempadan Mukim
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Pilihanraya DUN
  • Pilihanraya Parlimen
12 Alam sekitar
  • Tanah-tanih
  • Geologi
  • Hujan
  • Sumber Alam
  • Suhu
  • Kualiti Udara
  • Bunyi
  • Kualiti Air
  • Sungai
13 Pelancongan
  • Tarikan Pelancongan
  • Kemudahan Penginapan



ScreenShot portal PerakGIS

Kita kongsi-kongsi ilmu.. (=_=)

1 PerancanG:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah se orang TKW yg bekerja di kilang selangor malaysia, dan secara tidak sengaja sy lihat comentar pak Ramli dari singapur di internet tentang pesugihan dana hibah AKI SYEH MAULANA yg telah membuatnya sukses, saya pun coba buka situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya dan lihan no tlp aki, Saya pun langsug hubungi aki dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan uang RM 200 ribu yg sy minta benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan


Segala isi kandungan dan gambar-gambar di MUB's blog (Merancang Untuk Berjaya) ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada MUB's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998